Selesai sudah.. Ini adalah
sedikit refleksi rasa dari hati kecil kami.. semoga mendapat sesuatu yang
bernilai dari pengalaman kami ini..
Cannie Beh
Today I'm being extra grateful after meeting the
orphanages, for having a complete family, and for being loved by the people
around me. "Reflect upon your present blessings -- of which
every man has many -- not on your past misfortunes, of which all men have
some." Stay grateful and blessed.
Karthiga Darshini
Annadurai
"You don't know how lucky
you are!!" dialog femes from my parents.
Apabila dapat mendekati diri dengan anak-anak yatim di Kampung Medan, I finally
understood what my parents said. Was a HARD SLAP on my face for taking things for granted.
The soul is healed by being with
children. I believed happiness depends on courage and work and Mark Train said,
the best way to cheer up yourself is to cheer someone else up.
"to live without dad is hard, to live without mom is truly sad, to live without family is even WORST.. but as long as we have someone
who cares about us, loves us and concerns about us, it is more than enough.. God knows the best.. what He gives to us is the best for us.. enjoy every moment we
live, Insya Allah we'll be happy" – zulfah
REFLEKSI ZEBYANA MAIKEL.
(refleksi
terpanjang antara kami)
Saya Zebyana Maikel sangat bersyukur
dengan adanya program Jalinan Masyrakat ini saya dapat berpeluang untuk
berinteraksi dan menyelamai cara hidup masyarakat yang ada di persekitaran
saya. Saya sedar bahawa dengan adanya sikap KETERBUKAAN
dalam diri sudah tentu setiap orang akan menerima kita walaupun kita
berbeza agama, bangsa, dan dari latar belakang yang susah, senang, dan semua
keadaan. Keterbukaan inilah yang menjadikan kita siap untuk berdepan dengan
orang di persekitaran kita. Bayangkan kalau kita tidak terbuka??? Sangat sukar
untuk dibayangkan.
Semangat
KERJASAMA yang ada pada ahli kumpulan memainkan
peranan penting dalam memastikan setiap program berjalan dengan lancar. Saya
sangat berbangga mempunyai ahli kumpulan yang bersungguh-sungguh untuk
melaksanakan program ini. Walaupun setiap kami mempunyai kesibukan
masing-masing, tapi dengan semangat yang ada kami akhirnya BERJAYA.
Sungguh
tidak dapat dibayangkan perasaan yang timbul pada hari kami melawat rumah
anak-anak yatim piatu . Melihat kanak-kanak tersebut membuatkan saya mengimbas
kembali zaman kanak-kanak saya. Perasaan untuk
mengasihi kanak-kanak ini membuatkan saya gembira melihat senyuman yang terukir
dari bibir mereka. Tetapi jauh di sudut hati timbul perasaan belas
kasihan. Kasih sayang antara satu sama lain juga penting untuk mengelakkan
mereka berasa disisihkan.
Sikap
hormat menghormati juga dapat dipupuk melalui program ini. Hormat sesama ahli
kumpulan. Malah, semasa kami melawat rumah anak-anak yatim piatu sikap menghormati tanpa mengira umur, jantina, agama, dan
kaum sangat penting bagi mengelakkan perselisihan faham.
Air
telaga sejuk sekali,
Anak
dara mandi di kali,
Orang
tua kita hormati,
Orang
muda kita sayangi.
Anak
rusa masuk ke laman,
Senanglah
jua orang memburu,
Yang
muda buatkan teman,
Yang
tua jadikan guru
Nabiha Alia Binti Nazmi Asna
Pernahkah saya melalui zaman dan persekitaran seperti mereka?
Zaman yang dilalui oleh mereka lebih hectic berbanding saya yang dulunya saya hanya hidup di kawasan pedalaman dengan serba kekurangan. Yang mana mereka hidup di kawasan yang tinggi taraf hidupnya. di Kota Metropolitan yang penuh dengan pancaroba, dengan sekelip mata, kehidupan boleh berubah. tetapi untungnya saya dan bersyukur kerana punya ibubapa yang masih disamping saya.
Zaman yang dilalui adalah sama tetapi yang membezakan adalah persekitaran. Persekitaran mereka dikelilingi oleh rakan-rakan yang senasib. Besar harapan saya towards sister and brother at Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Taman Medan, semoga mereka terus kuat dalam menjalani liku-liku kehidupan yang mendatang.
dan
Taman Jaya Flashmob make me boost my self esteem, indeed!
invite the kids , and ask the permission from parents there.
its just like nothing, no input but its lots of skill that we learn to get the attraction.
this program teach me a lot and its too precious for me!
In three words I can sum up everything I’ve learned about life: it goes on.
Poh
Wanyi
PEK
140024
(refleksi
paling kreatif)
Scene 1
17 May 2015 @Persatuan Anak-Anak
Yatim & Ibu Tunggal Kampung Medan
Have I been to the
orphanage house before?
YES, I’ve been there not only once!! (not the same place
though)
What is my feeling
during my visit?
Mix feeling which is couldn’t define by any words!!
Heartwarming, because they are fine.
Relieved as I saw they live
happily (although I can’t even get to read or see their mind and heart deeply,
but at least they are jubilant each time when the community care about them).
Ashamed: Why we dare to
against our parents or the eldest and even be disgusted with them?? Do the
orphan has any chances to talk to their parents? NO, they can’t!
Sympathy- They have no chance
to enjoy much better life or own something they desired except when they grow
up and earn money by their own. They have to share everything among them.
AND many mores… I will be going to shed tears if I recall
back those moments or when I think of their unfortunate.
What is the
acquisitions of the visits?
I’ve learned some
‘survival skills’ from the orphans. Although it’s not very great, but just by
words or expression can stay happily! What’s that been so miraculous?
“ Life is just simple
enough for human being. Smile can cover all the hurdles, sadness, pains and
hardships. Laugh can throw away all those annoyance and harassment. Step out,
keep on going and stay positively to live well! ” --- By Wanyi, 2015
This
shown the life of the orphans. This is what I have to learn from them. Don’t
ever complain, crab or blow off about all the unfortunate as there are many
worse than us in this world. What can I express is to be cherished what we have
and who we own now. Treasure your family, loves and friends who stay beside you
and send your higher gratitude to them anytime.
Scene 2
23 May 2015 @Taman Jaya
Kanak-kanak
merupakan malaikat yang suci di dunia ini!
Dunia
mereka adalah putih seperti kertas, bersih seperti kain putih.
Di
Taman Jaya, saya telah pun menikmati masa yang amat bernilai dengan kanak-kanak
di sana. Beria-ria dan berseronok dengan mereka. Itulah masa yang paling seronok
di mana ia tidak dapat dibeli dengan wang kertas ataupun duit syiling. Bukan
itu sahaja, saya juga nampak banyak isi keluarga sanggup meluangkan masa untuk
menemani anak-anak dan mempercayai kepada mahasiswa/i PAKK kerana melepaskan
anak-anak mereka untuk beria-ria dengan kita.
Kita
memang berpeluang untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan memperoleh
pangalaman yang amat bernilai tinggi.
Perasaan
gembira itu tidak dapat dinyatakan dan penghargaan yang setinggi-tinggi ingin
saya sampaikan kepada masyarakat.
EVELEEN CHIN
(Refleksi paling formal)
Salam
sejahtera semua, nama saya Eveleen Chin yang mengambil kursus pendidikan awal
kanak-kanak. Dalam semester kedua ini, saya dikehendaki untuk mengambil kursus
jalinan masyarakat. Untuk program jalinan masyarakat ini, saya dan rakan-rakan
telah mengambil keputusan untuk melawat ke Rumah Anak Yatim Di Kampung Medan.
Anak-anak di kampung medan ini kelihatan sangat
ceria dan aktif. Hal ini boleh ditunjukkan melalui aktiviti senam robik
yang telah dijalankan oleh pihak kita. Selain itu, beberapa aktiviti seperti
aktiviti passing bola dan mereka bentuk bangunan mengikut idea sendiri. Di
samping itu, kita juga telah berkunjung ke Taman Jaya untuk berinteraksi dengan
kanak-kanak dan ibu bapa di sana. Kita juga telah menari lagu flash mob untuk
menarik perhatian orang ramai supaya mereka datang untuk menari bersama kita.
Dengan melalui program ini, saya belajar banyak pengetahuan baru seperti setiap aktiviti yang dijalankan mestilah ada halangannya.
Jadi, kita haruslah bekerjasama dengan ahli-ahli untuk menyelesaikan masalah
yang timbul. Terima Kasih.
CHRISTY WONG PUI HUNG
Saya
berasa pogram jalinan masyarat ini adalah amat bermakna. Saya sangat tersentuh
hati apabila melihat anak-anak yatim mendapatkan penjagaan yang baik di rumah
yatim dan ibu tunggal tersebut.. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya masih
berada di sisi saya. Saya mendapat kasih sayang yang secukupnya dari mereka.
Selepas menyertai program ini, saya belajar sesuatu perkara yang sangat penting
dari mereka. Walaupun kehilangan ibu bapa, tetapi mereka tetap gembira dan
berani menghadapi dugaan hidup. Mereka tidak kelihatan sedih atau berasa rendah
diri. Malah, mereka selalu ketawa dan suka brmesra dengan kami. Saya berharap
mereka dapat belajar dengan bersungguh-sungguh supaya pada suatu hari nanti,
mereka akan bahagia dan mempunyai keluarga sendiri.
WAN NOR FATHONAH WAN YUSUF
Abaikan
yang bertudung bunga tu.. saya yang oren tu.. ok! J
Akhirnya..
giliran saya..
Ehem…ehem..nak
ckp ape ni…
Nak buat
refleksi dalam bentuk apa? Puisikah? Pantunkah? Syairkah? Gurindamkah?
Oleh
sebab saya ni bekas juara pantun (cewah)…jadi saya nak berpantun…
Tapi
sebelum saya mulakan pantun, saya ingin menyatakan disini bahawa program tautan
kasih ini memberi seribu dan sejuta rasa buat kami semua. Bermula dari hari
pertama kami diberi tugasan sehingga kami mulakan gerak kerja dan seterusnya
kami laksanakan program rancangan kami ini telah banyak memberi erti dan nilai
kerjasama, bertolak ansur, sisayangi dan menyayangi, dihormati dan menghormati, menghargai dan dihargai, suka
duka, gelak tawa, tangis hiba..
Ok..
sebelum saya berpuitis dengan lebih lanjut, disini saya sertakan beberapa
rangkap pantun..
Buluh perindu merdu bunyian,
Alunan singgah penghilang hiba.
Tanpa ibu hilang pedoman,
Perginya ayah panduan tiada.
Segaknya tampil pahlawan
pertiwi
Langkah bertingkah diatur
bersama.
Anak kecil tidak mengerti,
Namun gagah penyeri sukma.
Kilau permata pandangan
saujana,
Cahaya melimpah memukau
pandangan.
Hadirnya kita sinar bermakna
Jalin ukhwah utuh ikatan
Ikatan kasih nama diberi,
Program membina laksana sudah.
Bermacam halangan membina
memori
Pasti tersemat kenangan
terindah.
SEKIAN….
Salah dan silap harap dimaafi.