Sunday, April 26, 2015

another thing in my list to do are done... its all complete... dah hantar kertas kerja kat Dr. Siti Hajar Binti Halili n dah inform pada Programme Coordinator YCK tentang agenda program kami..sekarang nak tunggu maklum balas dari mereka.. jika tiada halangan kami akan laksanakan program Tautan Kasih kami pada 16 Mei 2015 hingga 17 Mei 2015.. semoga semuanya dipermudahkan.. n harapnya all members free waktu tu..al maklum la kami semua ni tersangat lah sibuk dengan segala macam aktiviti kolej dan universiti..tapi yang bagusnya semua dapat bagi komitmen bila diperlukan..cayalah PAKK..hebat betul..apa lagi nk ckp ye??emm..nanti la..nk fikir dulu..akan update lg lepas ni..tunguuuu...to be continue..doakan berita baik dari pensyarah kami y comel tuu..hehehe 

Tuesday, April 21, 2015

Ceritera hari ini…

Kami pergi ke Yayasan Chow Kit (YCK).. dari jalan kaki, naik bas, naik train, naik monorail dan jalan kaki lagi, akhirnya kami sampai di jalan chow kit..



Tapi…

Mana YCK ni?? Ah sudah.. macam mana nak cari ni.. semua tak pernah datang sini. Nak naik teksi? Eh.. duit lagi (pemikiran pelajar macam kami). Bukan sebab sayang duit. Tapi sebab nak JIMAT.

Mulalah…

Kata si A ‘bukak waze lah’.. Idea yang teramat sangat bernas. Si B bukak WAZE (dengan tekun tengok handphone dia. Si C ‘ni kali pertama aku guna waze tapi jalan kaki’.  Si D pulak diam sejuta bahasa. Kami teruskan perjalanan. Si A cakap ‘ macam jauh je ‘. Si C tetap pandang phone dan jadi ketua perjalanan kami (masih tekun). Si B ‘eh jangan merungut’.   Si D pulak masih diam. Lepas beberapa perbualan kami (panjang dan pendek) akhirnya sampai lah kami di YCK.

Selesai daftar dan sebagainya kami minta kebenaran untuk jumpa pengurus atau wakil YCK bagi dapatkan maklumat untuk menjalankan program tautan kasih. Apa perasaan kami disana buat kali pertama? BERDEBAR? TERUJA? GEMBIRA? Cuba teka. Kami bernasib baik kerana penghuninya mesra, dan banyak membantu. Walaupun pergi tanpa temu janji, coordinator YCK iaitu Prasana CJ Jayakumar tetap melayan kami meskipun beliau tersangat sibuk waktu itu. Setelah mendapat maklumat… Reaksi kami?? Supper dupper puas hati. Sebab kami boleh teruskan rancangan kami untuk melaksanakan Tautan Kasih.

Jadi apa lagi.. Semua biro, sila jalankan tugas anda. Moga Berjaya!!

Tapi… (lagi-lagi tapi)

Masalah kami nak muat naik video teaser (konon) projek kami bermasalah kerana talian internet tak berapa nak ok.



Akan terus mencuba… Semoga dipermudahkan…
Projek Jalinan Masyarakat.

Kemanakah kita?
Bajet yang disediakan oleh pihak Universiti Malaya sebanyak RM35.00/seorang.


Destinasi cadangan: 


Pertama ialah cadangan untuk menjalankan program anak angkat ke Kampung Sungai Tengi Kuala Selangor. Tapi bajetnya besar. Peserta kumpulan kami adalah seramai 14 orang. Seorang perlu membayar sekurang-kurangnya RM80. Kata kami "mahal sangat" pensyarah kami pula tidak benarkan kami mengeluarkan duit sendiri.


Jadi kami mencipta plan kedua.
Perancangannya mahu ke Yayasan Chow Kit. Tetapi apabila dihubungi, ‘tersalah nombor katanya’. Kami akan sentiasa cuba hubungi yayasan ini di talian yang betul namun hasilnya sama. Mereka tidak dapat dhubungi.

Sebagai alternatif lain kami buat rancangan baru.
Iaitu melawat rumah orang tua di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Tempat ini amat mengalu-alukan orang ramai menyumbangkan bantuan dari pelbagai bentuk sama ada wang ringgit mahupun barang keperluan harian serta ubat-ubatan.

Ayuh kita jalankan khidmat kebajikan masyarakat untuk menyedarkan kita bahawa huluran tangan kita amat diperlukan oleh insan yang tidak bernasib baik. SEMANGAT!! Hehe…
Dengan tema kumpulan kami iaitu "We LOVE We CARE We SHARE", kami berharap agar semua urusan dalam menjalankan tugasan projek luar kami ini berjalan lancar dan serba sedikit dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

dan terimalah sedikit pengenalan dari kami.





AKU.. KAU.. KITA.. :)



SYAHDU SUASANA ANGINNYA KENCANG,
GUGUR SELASIH MENIMPA PARA,
UKHWAH TERBINA MSYARAKAT PENYAYANG,
TAUTAN KASIH JALINAN MESRA.