Tuesday, April 21, 2015

Ceritera hari ini…

Kami pergi ke Yayasan Chow Kit (YCK).. dari jalan kaki, naik bas, naik train, naik monorail dan jalan kaki lagi, akhirnya kami sampai di jalan chow kit..



Tapi…

Mana YCK ni?? Ah sudah.. macam mana nak cari ni.. semua tak pernah datang sini. Nak naik teksi? Eh.. duit lagi (pemikiran pelajar macam kami). Bukan sebab sayang duit. Tapi sebab nak JIMAT.

Mulalah…

Kata si A ‘bukak waze lah’.. Idea yang teramat sangat bernas. Si B bukak WAZE (dengan tekun tengok handphone dia. Si C ‘ni kali pertama aku guna waze tapi jalan kaki’.  Si D pulak diam sejuta bahasa. Kami teruskan perjalanan. Si A cakap ‘ macam jauh je ‘. Si C tetap pandang phone dan jadi ketua perjalanan kami (masih tekun). Si B ‘eh jangan merungut’.   Si D pulak masih diam. Lepas beberapa perbualan kami (panjang dan pendek) akhirnya sampai lah kami di YCK.

Selesai daftar dan sebagainya kami minta kebenaran untuk jumpa pengurus atau wakil YCK bagi dapatkan maklumat untuk menjalankan program tautan kasih. Apa perasaan kami disana buat kali pertama? BERDEBAR? TERUJA? GEMBIRA? Cuba teka. Kami bernasib baik kerana penghuninya mesra, dan banyak membantu. Walaupun pergi tanpa temu janji, coordinator YCK iaitu Prasana CJ Jayakumar tetap melayan kami meskipun beliau tersangat sibuk waktu itu. Setelah mendapat maklumat… Reaksi kami?? Supper dupper puas hati. Sebab kami boleh teruskan rancangan kami untuk melaksanakan Tautan Kasih.

Jadi apa lagi.. Semua biro, sila jalankan tugas anda. Moga Berjaya!!

Tapi… (lagi-lagi tapi)

Masalah kami nak muat naik video teaser (konon) projek kami bermasalah kerana talian internet tak berapa nak ok.



Akan terus mencuba… Semoga dipermudahkan…

No comments:

Post a Comment