Tuesday, April 21, 2015

Projek Jalinan Masyarakat.

Kemanakah kita?
Bajet yang disediakan oleh pihak Universiti Malaya sebanyak RM35.00/seorang.


Destinasi cadangan: 


Pertama ialah cadangan untuk menjalankan program anak angkat ke Kampung Sungai Tengi Kuala Selangor. Tapi bajetnya besar. Peserta kumpulan kami adalah seramai 14 orang. Seorang perlu membayar sekurang-kurangnya RM80. Kata kami "mahal sangat" pensyarah kami pula tidak benarkan kami mengeluarkan duit sendiri.


Jadi kami mencipta plan kedua.
Perancangannya mahu ke Yayasan Chow Kit. Tetapi apabila dihubungi, ‘tersalah nombor katanya’. Kami akan sentiasa cuba hubungi yayasan ini di talian yang betul namun hasilnya sama. Mereka tidak dapat dhubungi.

Sebagai alternatif lain kami buat rancangan baru.
Iaitu melawat rumah orang tua di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Tempat ini amat mengalu-alukan orang ramai menyumbangkan bantuan dari pelbagai bentuk sama ada wang ringgit mahupun barang keperluan harian serta ubat-ubatan.

Ayuh kita jalankan khidmat kebajikan masyarakat untuk menyedarkan kita bahawa huluran tangan kita amat diperlukan oleh insan yang tidak bernasib baik. SEMANGAT!! Hehe…
Dengan tema kumpulan kami iaitu "We LOVE We CARE We SHARE", kami berharap agar semua urusan dalam menjalankan tugasan projek luar kami ini berjalan lancar dan serba sedikit dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

dan terimalah sedikit pengenalan dari kami.





1 comment: